LilySlim Weight loss tickers

24.3.12

jom main sorok-sorok?

ingatkah anda dengan Mimpi Poppy?
dah dibuka semula so sukahati aku lah nak post di mana. *wink wink*

16.2.12

Ayaq Mata

Kita kan, kita kan..kita dah boleh menangis tiba-tiba.

Terer tak kita?

2.2.12

Syukur 25

bersyukur.

1. sebab ada mak ayah yang okey. okey la. syukur jela oi!
2. sebab ada kawan-kawan ingat aku lagi. kawan lama, kawan baru. dan kawan yang aku cari pasal dengan.
3. sebab dia gigih online dari wad.
4. sebab bos pun ingatkan aku hihihi
5. sebab everything, Tuhan!

THANK YOU TUHAN!

aku sayang semua! muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh!
amekkau.

26.1.12

Selamat Pagi Airmata

setiap pagi aku bangun, aku mesti nangis. bila kita dah terlalu attached dengan seseorag tu, bila dia takde rasa macam...pelik. macam kau tanam pokok, kau sayang, sampai pokok tu rimbun. tetiba pokok tu kena cabut. besar lubang dia.
macam tu lah rasa.

dan dia tanya macam mana aku boleh sayang dia sangat padahal kitorang tak pernah jumpa.
aku bukan robot, bang. aku manusia yang ada perasaan.

tolong doakan sekali dia makin sihat. semoga hidayah Allah tetap bersama dia. aku takut. terkilan pun ada. aku rasa macam aku tak tolong dia sikit pun. kalau ada pun, I didn't try harder.

dua buah buku yang dia bagi, aku akan simpan elok-elok.

dan aku tak kisah kalau dia tak sayang aku sebanyak mana aku sayang dia. cuma nak lepaskan dia tu sangat susah. I know he's in the care of good hands now, tapi rindu. sangat!

cepatlah sembuh.

21.1.12

Being A Kelantanese Residing Away From Kelantan

sedih, bodoh.
negeri berkebajikan ni bagi air kotor pada rakyat.
negeri Serambi Mekah ni sampah merata-rata. pampers weh, boleh buang atas jalan.

Islamik kan?

jom main penaakulan mantik.

Premis A: Kebersihan itu dituntut Islam
Premis B: Negeri Serambi Mekah tak bersih pun

Kesimpulan: (sila isi kalau kau lulus Modern Maths)

p/s: Mekah pun kotor la wey. Where have all the 'iman' gone?

18.1.12

Judge Like A God

aku harap hubungan aku dengan semua orang, tak kiralah siapa pun, akan berlangsung dengan aman. sebab aku selalu jadi yang pertama yang akan fakap.
dan, sebab mungkin aku selalu sangat dengan lelaki aku dah jadi biasa. aku selesa dengan diorang. compared to perempuan yang lebih fussy, yang judgey.

tapi kemon. kita semua mesti punya ada Judge-Like-A-God moment punya. fakof la kalau takde.

parents aku memang super-judgey. salah satu isunya pasal aku dan internet. aku kan selalu melekat dengan laptop ni. macam kembar siam. jadi bebelan diorang panjang la.

aku nak kata, dalam dunia sebenar tak ada sapa yang berkawan rapat dengan aku sampai aku nak cerita segala rahsia (termasuk mak aku. mak aku ni jenis mak-mak yang bukan boleh dibuat kawan dengan anak). at least bila aku menulis kat sini, orang tak kenal aku pun, at least they read and they give their piece of mind.

and parents aku ni pointed at me on EVERY mistake i made. pasal aku allergic pun kena marah. haih. aku dah bosan.
to take away my life? pernah la jugak terfikir. gila la kalau tak pernah. ingat aku alim ke?
perangai diorang pun lebih kurang aku je, bak kata proverb Jepun, anak-anak membesar dengan melihat belakang mak ayah.

kau tahu, aku rindu momen-momen aku masa diploma dulu. masa aku jadi free-spirited person dulu. bukan aku tak suka apa yang aku hadap sekarang. aku cuma rindu je.

sekarang pun aku suka. lebih-lebih lagi sebab ada dia.

panjang la pulak aku taip.

sehelai email

dan aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat hantar e-mail minta maaf. padahal bukan salah aku. dan kali ini aku mahu hantar e-mail lagi. kali ini untuk kata

'aku tak sepatutnya minta maaf dari kau. aku patut kata PADAN MUKA pada kau. dan ya,  PANDAN MUKA'. 

kau rasa patut aku hantar e-mail tu?

17.1.12

Jiwa Zaman Sekarang

jiwa semakin kacau. untuk aku, aku kena kuat sebab dia perlu kekuatan dari aku. dulu aku pernah tanya Tuhan kenapa aku wujud, menyusahkan orang dan tak ada fungsi pun dalam dunia ni. tapi sekarang Tuhan dah jawab. aku hidup sebab dia.

ampunkan aku, Tuhan. ampunkan dia. tetapkan kami dalam agamamu.

antara nafsu dunia dan kematian, aku tersangkut di tengah-tengah.

9.1.12

Tempoh Bertenang

ha, maca mana dengan perhimpunan? hehe.
aku dalam tempoh bertenang ni. tak nak buat speku apa-apa. life's been bad, and it improves suddenly. terima kasih kat Tuhan hihi.

aku sayang semua orang, tau.

bye!

1.1.12

Kembali

sorry for the long hiatus

aku macam dah mati kan? banyak sangat yang jadi, sampai aku tak tertulis. ketawa, nangis semua campur-campur. dan eh tetiba aku muncul.

aku sebenarnya sesat dalam ruang yang aku cipta sendiri.

okeylah. enough for the first post lepas resurrection aku ni. entah bila aku nak tulis lagi. harap-harap soon la kan. alah bukan ada orang baca pun blog aku. phhhftttt!

bye.

23.10.11

TwentySix


aku harap kamu hubungi aku
kerana aku sentiasa gagal berbuat begitu. 



atau mungkin kamu sudah bosan. 


19.10.11

Sorry

Sorrylah korang yang baca blog aku...
sekarang amatlah sebok dengan segala mak nenek program marketing
tetiba pulak kena travel sana sini ecececececececeh!


love you guys. muax~

tak ikhlas dan penuh plastik,
Clarky.

26.9.11

Del Tempo


berjalan mengharungi masa silam memang menyakitkan, 
apatah lagi jika kita memakai stiletto

tapi nampak hot. 
kan?

22.9.11

Soalan Formspring Best #2


kali ni aku dapat soalan ala Tanyalah Ustazah dari seorang (cis macam la aku tak kenal kau sapa, ehem ehem) kawan di Formspring. mari kita layan! p/s: jawapan sedikit berbeza dari formspring.


S: adakah sama hukuman/denda puasa kifarah jika bersetubuh di waktu puasa itu dilakukan oleh pasangan kekasih tanpa ikatan perkahwinan ?


A: ahem. ya. sebab telah dikira bersetubuh sewaktu dia puasa di bulan Romadhon. 
kalau takmo dihukum atau denda kifarah kau berbuka la sebelum bersetubuh tu. haih. tu pun aku nak ajar ke? 
p/s: persetubuhan luar nikah itu haram. ehem. ehem.


20.9.11

Generasi



penat saya eksplen. tapi masih diorang fikir diorang saja yang betul. kan saya kata, diorang takkan faham?



17.9.11

Saya



di bilik mandi saya berhadapan dengan ini:
cermin.


8.9.11

So What?

so what kalau kau kenal aku siapa?
so what kalau kau tahu aku tinggal kat mana?
so what kalau kau tahu aku berkawan dengan sapa?

so what kalau kau grill kat sarkasis jugak?

so what kalau aku ingat aku sorang je sarka? 

live your life la, jangan nak sibuk hal orang. takde tesis untuk ditulis ke?

5.9.11

Soklan Formspring Best #1


Q: hey clark.nape nama blog ko spender baru?


A: hai kau.
sebab masa aku fikir nak letak nama apa, aku baru beli satu set spender baru jenama Fiori Fiori, siap ada diskaun pemegang priviledge card.
anyway aku selalu je tukar nama blog.

28.8.11

~Selamat Hari Raya~


buat sendiri nih!


Selamat Hari Raya

untuk pembaca, pengkomen dan stalker. 
dan untuk semua yang Clarky sayang.


pujila oi. penat aku doodle pakai paint!
ahahahha!